Breaking News
Loading...
  • New Movies
  • Recent Games
  • Tech Review

Tab 1 Top Area

Tech News

Game Reviews

Recent Post

Thursday, 30 November 2017
Cabul & Sumbat sampah dalam kemaluan anak 4 tahun hingga terkoyak

Cabul & Sumbat sampah dalam kemaluan anak 4 tahun hingga terkoyak


Cabul & Sumbat sampah dalam kemaluan anak 4 tahun|Kanak-kanak perempuan yang mengadu sakit pada kemaluannya ketika membuang air kecil membawa kepada pendedahan dirinya menjadi mangsa cabul.

Mangsa yang berusia empat tahun itu dipercayai dicabul lelaki Vietnam yang bekerja dengan bapanya dalam industri laut dalam.

Semuanya terbongkar selepas ibu mangsa berusia 33 tahun curiga selepas anaknya mendakwa sakit pada kemaluan tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhassan, berkata mangsa mendakwa pekerja bapanya itu memasukkan ‘sampah’ ke dalam kemaluannya sebelum itu.

Menurutnya, ibu mangsa kemudian membuat laporan polis, pada kira-kira 3 pagi, hari ini.

Katanya, polis kemudian lapan suspek berusia 19 hingga 47 tahun ditahan di rumah berkenaan dua jam kemudian.

“Siasatan lanjut mendapati mangsa tinggal bersama semua suspek antara 3-5 petang semalam, kerana bapa dan ibunya pergi ke Jabatan Imigresen untuk memperbaharui visa pekerja berkenaan.

“Semua suspek bekerja dalam industri laut dalam yang diusahakan bapa mangsa dan menetap sementara bersama mereka di rumah nenek mangsa,” katanya di Kuching, hari ini.

Aidil berkata, mangsa sudah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan lanjut namun keputusan masih belum diperoleh setakat ini.

Katanya, mangsa juga masih belum dapat mengenal pasti suspek yang didakwa memasukkan sesuatu pada kemaluannya hingga terkoyak.

“Semua suspek akan direman pagi ini untuk siasatan lanjut yang dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul,” katanya.
Bajet 2018 bajet rasuah perosak negara Najib Razak - Tun Mahathir

Bajet 2018 bajet rasuah perosak negara Najib Razak - Tun Mahathir


Selamat datang ke channel videoviral. Kami menyajikan pelbagai video informasi dan gaya hidup untuk tontonan anda.

Jika anda ingin terus menonton video sila scroll ke bahagian bawah.

Untuk mengetahui cerita selanjutnya sila tonton video ini sampai ke hujungnya supaya anda mendapat informasi yang lengkap.

Jika ada sebarang cadangan atau pertanyaan sila berhubung dengan admin laman web ini.

Video di dalam web ini adalah untuk hiburan semata mata.Sila scroll ke bawah untuk melihat video penuh mengenai kisah ini.
Terima kasih kerana sudi menonton.

Sila scroll ke bawah untuk melihat video nya.

Jangan lupa like fan page kami di bawah.Terima kasih.


Plaza Tol Bukit Kayu Hitam pindah ke lokasi baru mulai 1 November 2017

Plaza Tol Bukit Kayu Hitam pindah ke lokasi baru mulai 1 November 2017

PEMANSUHAN Tol Bukit Kayu Hitam yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2018 menjadi pertikaian ramai selepas tersebarnya "banner" yang memaklumkan bahawa Plaza Tol berkenaan akan berpindah operasinya ke lokasi baru.

"Plaza Tol Bukit Kayu Hitam akan mula beroperasi di lokasi baharu pada jam 6:00 pagi, 1 November 2017," tertulis pada kain rentang itu, yang turut memaparkan logo Kerajaan Malaysia dan syarikat lebuhraya PLUS.



Apa yang dapat kita fahami dari makluman kain rentang tersebut ialah, Plaza Tol Bukit Kayu Hitam tidak dimansuhkan seperti yang diumumkan oleh PM, sebaliknya hanya dipindahkan ke lokasi lain.


Kalau kita lihat dari pengumuman Najib tempohari, pemansuhan tol Bukit Kayu Hitam akan mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2018.

Tapi belum pun sampai tarikh tersebut, nampaknya operasi tol berkenaan sudah dipindahkan ke lokasi baharu bermula pada 1 November 2017.

Adakah pada tarikh 1 Januari 2018 nanti, tol di lokasi baru ini  yang akan dimansuhkan?

Jika tidak, maknanya pemansuhan tol Bukit Kayu Hitam hanyalah sekadar taktik menipu rakyat, kerana ia sebenarnya tidak dimansuh, melainkan diubah sahaja tempat operasinya kerana lokasi lama mungkin tidak mendatangkan untung.

Ada Yang Ganjil, Selepas Kubur Nur Aliya Syifa Digali Semula

Ada Yang Ganjil, Selepas Kubur Nur Aliya Syifa Digali Semula

Ada Yang Ganjil, Kubur Nur Aliya Syifa Digali Semula|Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia selepas terkena serpihan batu pengasah di dada kiri ketika bapanya sedang mengasah mata pisau mesin remput di luar rumah, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 5.30 petang Jumaat, mangsa, Nur Aliya Syifa Murad, 5, kemudian dibawa ke Klinik 1Malaysia sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). Namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Jenazah mangsa kemudian dikebumikan pada jam 11 pagi Sabtu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjung Besar.

Bagaimanapun, polis membuka kertas siasatan kes kematian Nur Aliya Syifa, selepas mendapat perintah mahkamah untuk menggali semula kubur kanak-kanak itu bagi proses siasatan.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 304 A Kanun Keseksaan kerana kecuaian menyebabkan kematian yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


“Proses menggali kubur itu akan dilakukan pagi esok (hari ini) dengan dihadiri pakar patologi untuk bedah siasat semula di HSB.

“Selepas siasatan selesai, kita akan serahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya.



Menurut bapa mangsa, Murad, berumur 40-an berkata, ketika kejadian itu, dia berada di luar rumah dan sedang mengasah mata pisau mesin rumputnya sementara Nur Aliya Syifa pada ketika itu masih berada di dalam rumah.

Ketika sedang mengasah, tiba-tiba batu pengasah itu pecah dan serpihannya terpelanting.

“Pada mulanya ia terkena pada kereta dahulu sebelum terkena dada kiri anak. Saya tidak sedar bila dia berada di luar rumah.

“Dalam keadaan anak yang berlumuran darah dan lemah itu, saya terus mengangkat dan membawanya ke klinik 1Malaysia sebelum dia dihantar ke HSB,” katanya.

Difahamkan, Murad telah memberi keterangannya kepada pihak polis untuk membantu siasatan.
Suspek pukul RELA rupanya dapat anugerah "Datuk Seri" dari Indonesia

Suspek pukul RELA rupanya dapat anugerah "Datuk Seri" dari Indonesia


SEBAIK sahaja lelaki bergelar "datuk seri" yang didakwa memukul 3 orang anggota RELA tempoh hari menyerah diri di Balai Polis Ampang Jaya hari ini, identitinya mula terbongkar.

Pendedahan wajah suspek itu sekaligus membolehkan orang ramai membuat carian berkenaan dirinya di media sosial dan sumber-sumber lain di internet.

Perkara itu membawa kepada penemuan satu poster yang menunjukkan gambar dikatakan suspek sedang menerima anugerah "datuk seri" dari salah satu Kesultanan di Indonesia.

Di bawah ini poster yang dimaksudkan.



Oleh kerana poster berkenaan ditulis dalam tulisan cina, maka salah seorang sahabat berbangsa tionghua telah menterjemahnya ke dalam bahasa Melayu.

Tulisan tersebut dikatakan bermaksud seperti berikut

"Sultan "Kumalaandi" ke 37 dari negeri "Gowa" Sulawesi Selatan, mengurniakan Datuk "Liao Shun Xi" sebagai Putera Raja ke 37 Kerajaan Sulawesi Selatan," tulis Ming Sau yang membantu penterjemahan tulisan tersebut.



Hasil semakan di internet mendapati, Raja Kumala Andi memang wujud, atau nama sebenarnya Andi Kumala Andi Idjo, yang disebut sebagai Raja Goa, Provinsi Sulawesi Selatan, Indonesia (Raja Bugis).

Sebelum ini Majlis Datuk Persekutuan Malaysia (MDPM) dilapor mencadangkan supaya Anugerah dan darjah kebesaran yang diberikan kepada seseorang individu ditarik balik jika mereka terbabit dalam kes jenayah.

Maka, jika anugerah datuk yang diterima oleh suspek kes pukul anggota RELA ini mahu ditarik balik, perlulah menghubungi Raja Bugis di Indonesia, kerana anugerah ini nampaknya tiada kaitan dengan Sultan-sultan di Malaysia.

Read more: http://www.milosuam.net/2017/10/suspek-pukul-rela-rupanya-dapat.html#ixzz4x2ttlHHF
Dapat Gelaran Dato Di Usia 19? Ramai Tak Puas Hati

Dapat Gelaran Dato Di Usia 19? Ramai Tak Puas Hati


SETIAP tahun, begitu ramai rakyat Malaysia menerima darjah kebesaran yang dianugerahkan oleh Raja-Raja Melayu dan Ketua-Ketua Negeri sempena menyambut hari keputeraan masing- masing.

Bukannya mudah untuk mendapat gelaran Dato’ atau Datuk ini, setiap daripadanya perlu melalui proses penilaian dari pihak istana dan kebiasaan, ia diberikan kepada individu-individu yang mempunyai jasa kepada negara ataupun kepada negeri.

Namun, gambar seorang pemuda yang dipercayai berusia 19 tahun menerima anugerah darjah kebesaran telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen di media sosial.

Menurut pemuat naik gambar, dia menyatakan pemuda berkenaan baru berusia ‘setahun jagung’ namun telah menerima darjah kebesaran Dato.

“Kes macam ini yang buat orang tersenyum bila jumpa orang bergelar Dato’…19 tahun…apa sajalah jasanya agaknya ya?” soalnya.

d3

Pemuda berkenaan yang dilihat berada di ruang legar istana menggenakan pakaian seragam istiadat beserta jam tangan mewah Richard Mille.

Rata-rata netizen mempersoal kewajaran pangkat berkenaan diberikan kepada pemuda berusia 19 tahun itu yang turut disusuli dengan persoalan “Sultan mana bagi pangkat Dato ni?”

Jika diikutkan, baru sahaja berlangsung dua hari lepas majlis menerima darjah kebesaran bersempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob ke-78 di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada dia merupakan salah seorang daripada 923 penerima darjah di majlis tersebut.

Apa pun, dengan usia yang semua itu apa lah jasa yang dilakukan sehingga mendapat gelaran tersebut.

Bukan hendak mempertikan keputusan istana namun bagi kami, gelaran Datuk atau Dato’ ini selayaknya diberikan buat individu yang berumur 35 tahun keatas.

Masih banyak lagi cara lain yang boleh kita iktiraf golongan ini. Biarlah mereka menjalani perti getir hidup ini dan kemudian sesudah menjangkau umur yang sewajarnya, bolehlah dikurniakan pangkat berkenaan.

Biarpun kami tidak mempunya kuasa, apa kata kerajaan menyemak semula polisi serta proses pemberian gelaran dan bintang-bintang kebesaran ini dan elok dibawa berbincang dengan Majlis Raja-Raja.
Adakah Ini  Wajah Sebenar Datuk Seri Umur 19 Tahun  tendang kepala anggota RELA

Adakah Ini Wajah Sebenar Datuk Seri Umur 19 Tahun tendang kepala anggota RELA



BERDASARKAN rakaman kamera litar tertutup, CCTV — Lelaki yang mengaku sebagai seorang "Datuk Seri" dilihat menendang ke arah kepala salah seorang anggota RELA yang bertugas.

SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO


Baca Juga - Dapat Gelaran Dato Di Usia 19? Ramai Tak Puas Hati

Kalau dilihat, cara dan paras ketinggian kakinya "Datuk Seri" di dalam video CCTV itu menendang ke arah kepala anggota RELA terbabit.



Semalam, media tempatan melaporkan sidang media 3 orang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang mendakwa dipukul oleh seorang lelaki mengaku sebagai seorang "Datuk Seri" kerana tidak menunjukkan hormat kepadanya.


Anggota RELA berkenaan beberapa kali menyuruh bodyguard (pengawal peribadi) "Datuk Seri" tersebut untuk mengalihkan kereta namun dia enggan berbuat demikian.

"Kami beritahu pengawal peribadinya, untuk alihkan kereta. Selepas beberapa kali menyuruhnya, dia masih tidak mengalihkan keretanya," kata Melvin Cheong, salah seorang anggota RELA yang kena pukul.

"Dia (pengawal peribadi) kata nak tunggu boss. Mungkin kerana kami tinggikan suara, "Datuk Seri" itu rasa tak senang. Dia marah kami kerana naikkan suara bercakap dengan orang lebih tua. Dia kemudian menampar saya,"

"Seorang rakan RELA saya datang dan Datuk Seri itu menyuruh dia mengajar saya. Katanya kalau dia tak nak buat begitu, dia sendiri akan buat lalu terus memukulnya,"

"Apabila seorang lagi anggota RELA datang, 'Datuk Seri' itu memberitahunya jangan hanya tercegat, dan kemudian menendang rusuknya," katanya.


Identiti "Datuk Seri" itu sudah dikenal pasti

Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, ASP Fadzil Ahmad dilaporkan memberitahu bahawa Datuk Seri itu berumur 29 tahun.

Beliau meminta lelaki berkenaan untuk menyerah diri. Tambahnya lagi kes berkenaan kini sedang disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan — Menghalang penjawat awam menjalankan tugasnya.

Kes juga turut disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan — Sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan kaedah atau senjata berbahaya.


Copyright © 2012 Shout Me Strong All Right Reserved
Designed by CBTblogger